February 8, 2016

Perasan yang Rapuh

Menghitung hari demi hari, aku semakin meningkat dewasa...


Sekelilingku semakin sibuk menyediakan hari kebahagian mereka...tapi aku???
aku masih dibelenggu kenangan gelap yang telah meragut kebahagian aku sejak tahun lalu...
Aku dihimpit empat muka dinding yang memaksa aku untuk tabah meneruskan hidup.
Didalam diri aku... aku rapuh, aku menangis, aku mengharapakn seseorang akan muncul untuk kembalikan kebahagiaan pada diri aku..



Dia datang, tapi bukan dia yang aku mahu..
Dia hadir setiap hari...tapi BUKAN DIA YANG AKU MAHU!
kenapa? kenapa dia tidak pernah serik dicerca oleh aku?
Hari itu, hati aku terusik...sebab tegarnya dia menunggu aku..
tapi aku tahu...DIA BUKAN UNTUKKU.


kali ini.. hadir seorang dia..
dia mencintai diri aku yang palsu.. bukan aku
tapi aku mahukan dia...tetapi dia mahukan kepalsuan aku..
dan makin rapuh hati ku...
sebab aku tahu.. DIA juga BUKAN UNTUKKU.


Selama aku menangis, dia sentiasa menenangkan aku.
Aku selesa bersama dia.. aku tersenyum ketika bersama dia.
Dia menerima baik buruk aku.
Dia mengenali jahat dan jahil aku.
Aku selesa bersama dia.
Tapi aku juga tahu.. DIA BUKAN UNTUKKU.


Dimanakan My Mr Right? aku penat menanti.. ak penat.. aku telah mencuba.,.
tapi aku takut berlaku seperti lalu.. seperti DIA


Dulu, dia hadir tanpa diundang.
Dia meragut hati aku. dia membuatkan aku melihat dunia dari perspektif lain
Dia berjaya mengambil kepercayaan aku.
Ketika itu, hatiku telah diberi sepenuhnya kepada DIA.
tapi... dia tidak memberi sepenuh hati nya.
Ketika dia melafazkan akad atas nama wanita lain.
Ketika itu aku terjatuh, rapuh, dan ketika itu aku mengenali KEKECEWAAN.
sehingga kini ak mencuba untuk meneriman... DIA BUKAN UNTUKKU.


Semoga aku tabah menjalani hari hari aku.. Semoga Mr Right muncul menceriakan hari hari aku.





_yang masih terluka_